Senator Steve Daines dari Montana, Amerika Syarikat (AS) dan Persatuan Penternak Montana mengeluarkan kenyataan yang mengalu-alukan perjanjian pembelian dan pelaburan daging lembu dengan Jingdong, syarikat e-dagang terkenal di China.
Perjanjian yang termeterai di Beijing Rabu lalu menyebut Jingdong akan membeli daging lembu dari syarikat di bawah kelolaan Persatuan Penternak Montana bernilai tidak berkurang daripada USD200 juta (RM838 juta) dalam tempoh tiga tahun akan datang, selain melabur USD100 juta (RM419 juta) untuk membina kilang baharu di Montana tahun depan.
Menurut Jingdong, perjanjian ini sebahagian komitmen tiga tahun untuk membeli produk AS bernilai USD2 bilion (RM8.38 bilion).