Satu perjanjian perkongsian strategik dicapai antara Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) dengan Pusat Komunikasi Kebudayaan Antarabangsa China (CICCC) di Paris semalam.
Menurut perjanjian itu, kedua-dua pihak akan mengadakan kerjasama komprehensif dalam bidang kebudayaan, pendidikan, sains, sukan dan lain-lain.
Sejak penubuhannya lebih 30 tahun lalu, CICCC berperanan sebagai platform pertukaran kebudayaan antara China dengan negara-negara lain. Pertubuhan itu telah menjalinkan interaksi dan pertukaran dalam pelbagai bidang dengan lebih 130 negara dan kawasan di dunia.