Cari:
Xi Jinping Bertemu Abe
2017-11-12 11:08:56 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di Da Nang, Vietnam semalam.

Xi berkata, China dan Jepun ialah negara jiran, dan juga entiti ekonomi utama di Asia dan dunia. Perkembangan hubungan China-Jepun yang mampan bukan sahaja sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara, malah amat penting bagi rantau ini bahkan dunia.

Xi menegaskan, rasa saling percaya asas dan kunci bagi membaiki hubungan kedua-dua negara. Jepun diharap bertindak dan mengamalkan dasar yang membuktikan Jepun dan China ialah rakan kerjasama yang tidak membawa ancaman antara satu sama lain.

Menurut Xi, kerjasama yang saling menguntungkan ialah pemangkin pengembangan hubungan China-Jepun. Kedua-dua negara patut mempergiat kerjasama pragmatik, menggalakkan integrasi ekonomi serantau dan melaksanakan kerjasama dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R). Selain itu, kerjasama kebudayaan, media, dan belia patut dirapatkan.

Abe pula berkata, Jepun bersedia merapatkan hubungan yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara dengan mengambil peluang ulang tahun ke-40 penandatanganan perjanjian keamanan dan persahabatan Jepun-China pada tahun depan. Jepun bersedia mempergiat pertukaran lawatan peringkat tinggi dan memangkin kerjasama yang saling menguntungkan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China