Cari:
Xi Jinping Bertemu Moon Jae-in
2017-11-12 11:25:14 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Moon Jae-in di Da Nang, Vietnam semalam.

Xi menyatakan bahawa China dan Korea Selatan ialah rakan kerjasama semula jadi kerana kedua-dua negara ini jiran yang tidak dapat dipisahkan. Kerjasama yang saling menguntungkan dan persahabatan tetap diutamakan dalam hubungan dua hala. China sentiasa mementingkan hubungan dengan Korea Selatan.

Xi menegaskan bahawa hubungan China-Korea Selatan berada pada tempoh yang amat penting. Kedua-dua negara perlu menghormati kepentingan asas antara satu sama lain, memelihara rasa saling percaya politik, meningkatkan komunikasi dan penyelarasan. Beliau telah mengulangi pendirian China dalam isu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD).  

Moon pula menyatakan bahawa pihaknya berharap agar pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kerjasama dan interaksi dalam pelbagai bidang kedua-dua negara ini dapat dipulihkan secepat mungkin. Pihaknya menyokong pembinaan Jalur dan Laluan (B&R).

Korea Selatan mengambil berat keprihatinan pihak China dalam isu THAAD. Moon menjelaskan bahawa pihaknya tidak ingin melihat kepentingan keselamatan strategik China terjejas.

Presiden kedua-dua negara juga telah bertukar-tukar pandangan tentang situasi Semenanjung Korea. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China