Cari:
PM Li Temu Moon Jae-in
2017-11-14 11:16:21 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in di Manila semalam.

Li dalam pertemuan itu berkata bahawa China dan Korea Selatan merupakan rakan kerjasama yang penting. Hubungan dua hala dan kerjasama menyaksikan perkembangan pesat sejak terjalinnya ikatan diplomatik 25 tahun lalu.

Kata beliau, kedua-dua negara telah mencapai beberapa konsensus tentang isu sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) pada fasa semasa.

Korea Selatan diharap menunjukkan kesungguhan bagi menghapuskan rintangan dalam hubungan dua hala demi perkembangan sihat dan stabil.

Li menyeru kedua-dua pihak menyelaraskan strategi pembangunan, di samping meningkatkan kerjasama saling menguntungkan dalam bidang ekonomi, perdagangan, kewangan, industri pembuatan dan perlindungan alam sekitar.

Moon Jae-in pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan China bagi memulihkan kesalingpercayaan politik serta hubungan ekonomi dan interaksi sosiobudaya untuk membawa hubungan dua hala kembali ke landasan yang betul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China