Cari:
Pembangunan China Signifikan bagi Dunia
2017-11-17 13:13:06 CRI Cetak

Simposium pertama untuk mengkaji isyarat Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) diadakan di Beijing semalam, anjuran Akademi Sains Sosial China (CASS) dan Pusat Pertukaran Ekonomi Antarabangsa China (CCIEE).

Simposium itu dihadiri wakil kumpulan pemikir dari lebih 30 buah negara serta bekas perdana menteri dari Jepun, Pakistan dan Perancis.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC yang juga ketua Jabatan Penerangan jawatankuasa tersebut, Huang Kunming berharap kumpulan pemikir tempatan dan asing dapat bertukar-tukar idea secara ikhlas dan menjalin kerjasama pragmatik.

Bekas Perdana Menteri Perancis, Dominique de Villepin menyatakan bahawa pembangunan China makin signifikan bagi dunia. China sudah menyedari betapa berat tanggungjawab yang dipikulnya dalam isu-isu global termasuk pertumbuhan ekonomi dunia. China, Eropah dan semua pihak lain perlu berganding bahu demi kemakmuran bersama pada era baharu ini.

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz pula memaklumkan perubahan yang disaksikan negaranya seiring dengan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), sambil menyeru negara-negara lain menyertai pembinaan B&R secara aktif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China