Cari:
Kedutaan Panama di Beijing Dirasmikan
2017-11-17 17:16:46 CRI Cetak

Kedutaan Besar Panama di Beijing dirasmikan semalam oleh Presiden Panama, Juan Carlos Varela dan Menteri Luar China, Wang Yi.

Wang Yi memaklumkan, kedua-dua pihak akan menandatangani hampir 20 perjanjian kerjasama dalam pelbagai bidang, yang bakal membawa China dan Panama ke fasa baharu kerjasama komprehensif.

Presiden Varela yang kini dalam rangka lawatan ke China, bertemu dengan Presiden Xi Jinping hari ini.

Wang yakin pertemuan tersebut akan membuka lembaran baharu persahabatan, di samping merangka pelan jangka panjang kerjasama kedua-dua pihak.

Kata Varela, telah menjadi impiannya selama 10 tahun untuk melihat Kedutaan Besar Panama dibuka di China.

Panama menghormati dasar satu China, dan komited mengembangkan kerjasama muhibah dengan negara ini.

China dan Panama menjalinkan ikatan diplomatik pada 13 Jun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China