Cari:
Resolusi Isu Senjata Kimia Syria Gagal Dilulus
2017-11-17 14:56:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Draf resolusi untuk membaharui tempoh misi menyiasat penggunaan senjata kimia di Syria, gagal diluluskan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam.

Hal ini bermakna misi siasatan itu tamat menurut jadual, iaitu pada 17 November.

Sebelum ini, AS dan Rusia masing-masing mengemukakan draf resolusi yang mencadangkan mekanisme siasatan bersama PBB dan Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) dilanjutkan setahun lagi.

Rusia dalam draf yang dikemukakannya telah mengkritik mod kerja mekanisme siasatan bersama tersebut, di samping menekankan perlunya mengumpul dan menganalisis maklumat mengenai penggunaan senjata kimia oleh pihak-pihak bukan kerajaan. 

Manakala, AS meminta tempoh misi berkenaan diperpanjangkan 12 bulan, berbanding 24 bulan usul sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China