Cari:
Xi Temu Presiden Panama
2017-11-18 14:54:22 CRI Cetak

Presiden Xi Jinping bertemu dengan Presiden Panama, Juan Carlos Varela yang dalam rangka lawatan ke China, semalam.

Xi menyatakan bahawa China menghargai keputusan Presiden Varela untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China serta membuat lawatan rasmi ini, yang akan tercatat dalam lipatan sejarah.

Beliau amat gembira melihat kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang berkembang pesat sejak ikatan diplomatik terjalin lima bulan lalu.

China bersedia bersama-sama Panama mempergiat kerjasama bilateral mengikut hala tuju tepat.

Varela melahirkan rasa bangga kerana impiannya untuk melawat China sebagai Presiden Panama telah menjadi kenyataan.

Katanya, Panama menghormati dasar satu China dan tegas menyokong penyatuan semula China secara damai.

Varela turut menyatakan bahawa Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang telah merangka cetak biru pembangunan China pada masa depan, amat signifikan bagi China dan dunia.

Beliau yakin, China akan memberi sumbangan yang lebih besar kepada kedamaian dunia dan kemajuan umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China