Cari:
Tentera Iraq Tewaskan IS di Rawa
2017-11-18 16:11:23 CRI Cetak

Tentera kerajaan Iraq menduduki semula Pekan Rawa selepas bertempur sengit selama beberapa jam dengan kumpulan Negara Islam(IS) semalam.

Pekan itu merupakan satu-satunya tempat yang masih diduduki oleh IS di Iraq.

Dengan sokongan oleh jet pejuang Persekutuan Antarabangsa dan tentera udara Iraq, tentera Iraq melancarkan serangan dan menyerbu masuk ke pekan Rawa melalui arah timur, barat dan selatan.

Menurut Markas Operasi Bersama Iraq, tentera kerajaan masih memerlukan sedikit masa untuk menghapuskan bahan letupan yang ditinggalkan oleh IS di sana.

Selain itu, kerajaan Iraq akan terus mara dan menghapuskan anggota kumpulan IS yang melarikan diri dari Rawa, agar menguasai sepenuhnya bahagian utara negara itu yang bersempadan dengan Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China