Cari:
Tentera China, AS Adakan Latihan Penyelamatan Bencana
2017-11-18 16:12:00 CRI Cetak

Selepas berinteraksi selama tiga hari, tentera China dan AS mengadakan latihan penyelamatan bencana di Negeri Oregon, AS pada pagi 16 November waktu tempatan.

Semasa berucap merasmikan latihan itu, ketua pasukan China, Jeneral Major, Huang Taoyi berkata, China dan AS mempunyai kepentingan bersama, di samping memikul tanggungjawab penting dalam usaha memelihara kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau. Tentera China bersedia bekerjasama dengan pihak AS dalam melaksanakan konsesus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, dan komited menjayakan latihan bersama kali ini bagi meningkatkan kemampuan kedua-dua pihak dalam usaha penyelematan bencana.

Latihan bersama ini telah disertai oleh lebih 200 anggota tentera kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China