Cari:
PBB Hargai Usaha China dalam Kerjasama Antikeganasan
2017-11-18 16:12:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Setiausaha Agung PPB, Antonio Guterres yang sedang melawat di London semalam berkata, China komited menjalankan kerjasama antikeganasan antarabangsa di bawah rangka PBB. China diharapkan terus memainkan peranan dalam hal ini.

Antonio Guterres semasa menyampaikan ucapan di Universiti London pada hari yang sama menyeru masyarakat antarabangsa memperkasakan kerjasama antikeganasan di peringkat global.

Menurut beliau, operasi antikeganasan di Syria dan Iraq telah mencapai hasilnya. Namun, keganasan tidak dapat dihapuskan ke akar umbinya dengan operasi ketenteraan sahaja. Teknologi moden menjadikan fahaman keganasan lebih senang disebar di seluruh dunia. Oleh itu, polisi antikeganasan yang bijak dan holistik perlu ditetapkan bagi menghapuskan sumber keganasan dan ekstremis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China