Cari:
Panama Sedia Aktif Sertai B&R
2017-11-19 14:34:08 CRI Cetak

Panama menyokong inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dan bersedia menyertai pembangunannya dengan lebih aktif.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Juan Carlos Varela yang dalam rangka lawatan rasmi di China semalam.

Sebagai Presiden Panama pertama yang melawat China, Verela amat mementingkan penyelarasan strategi pembangunan negaranya dengan inisiatif B&R.

Ketika menyampaikan pidato di Universiti Renmin China, beliau melahirkan hasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan China dalam bidang pelabuhan, maritim, projek landasan kereta api, logistik dan lain-lain.

Kata beliau, Panama bersedia memanfaatkan kelebihan dari segi geografi untuk membantu memperluas kerjasama B&R ke Amerika Latin.

Verela menambah bahawa beliau telah pun berasa kagum terhadap pembangunan ekonomi China tatkala buat kali pertama menjejak kaki ke negara ini pada tahun 2007.

Sejak itu, beliau telah menyemai komitmen untuk menghormati dasar satu China dan mengembangkan kerjasama muhibah dengan negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China