Cari:
China Seru Selesai Isu Rohingya Melalui Rundingan
2017-11-19 15:22:21 CRI Cetak

Isu Rohingya perlu diselesaikan melalui rundingan antara Bangladesh dan Myanmar. Masyarakat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB patut mencipta suasana kondusif bagi menggalakkan rundingan tersebut.

Menteri Luar China, Wang Yi yang dalam rangka lawatan di Bangladesh semalam berkata, isu Rohingya yang tercetus dari Rakhine, Myanmar telah membawa impak terhadap Bangladesh.

Bangladesh telah mengatasi kesukaran dan segera menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang menyeberangi sempadan ke Bangladesh.

Di samping memuji usaha dan sumbangan pihak Bangladesh, Wang berkata China juga menyediakan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Bangladesh tepat pada masanya, dan bersedia terus berbuat sedemikian mengikut keperluan.

Wang menyatakan bahawa isu Rohingya sudah wujud sekian lama disebabkan faktor sejarah, bangsa, agama dan lain-lain. Bagaimanapun, kemiskinan adalah punca pergolakan dan konflik.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa memberi lebih banyak sokongan terhadap pembangunan dan pembasmian kemiskinan tempatan, supaya isu berkenaan dapat diselesaikan secara tuntas.

China bersedia menyediakan bantuan semampu boleh mengikut keperluan negara terbabit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China