Cari:
Persidangan Perubahan Iklim Bonn Berakhir
2017-11-19 16:57:55 CRI Cetak

Pusingan ke-23 persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim (COP 23) yang dijadualkan ditutup 17 November, diteruskan hingga subuh semalam.

Wakil khas China bagi hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua menyatakan bahawa China mengalu-alukan dan menyokong hasil persidangan tersebut, termasuk dokumen rundingan yang seimbang bagi pelaksanaan Perjanjian Paris serta mod organisasi untuk dialog pada 2018.

COP 23 dihadiri 25 ribu wakil dari 195 pihak pemeterai perjanjian berkenaan.

Mereka menilai tinggi peranan positif China dalam menjayakan persidangan ini serta tindakannya untuk menangnai perubahan iklim.

Pengarah Institut Penyelidikan Pengaruh Iklim Potsdam Jerman, Prof. Dr. Hans Joachim Schellnhuber berkata, beliau yakin China mampu mencapai matlamatnya untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030 dengan lebih awal.

Beliau juga yakin bahawa kerjasama China dengan negara-negara Kesatuan Eropah, khususnya dengan Jerman akan memberi impak besar terhadap usaha menangani perubahan iklim global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China