Cari:
NATO Mohon Maaf atas Kesilapan dalam Latihan Tentera
2017-11-20 13:39:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jens Stoltenberg, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menghubungi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menerusi telefon pada 18 November lalu untuk memohon maaf kerana pemimpin Turki dianggap sebagai musuh rekaan dalam latihan tentera bersama NATO.

Stoltenberg berkata, NATO telah menjalankan siasatan dan pekerja kontrak yang disyaki terlibat telah dipecat.

Tambah beliau, Turki antara anggota utama NATO. Langkah sewajarnya akan diambil untuk mengelakkan kejadian serupa berulang, dan hubungan kedua-dua pihak diharap tidak terjejas akibat perkara itu.

Pada 17 November lalu, Presiden Erdogan di Ankara mengumumkan bahawa Turki memutuskan mengundurkan diri daripada latihan bersama yang diadakan di Norway, berikutan tingkah laku yang menghina pemimpin Turki ketika latihan itu dijalankan.

Latihan yang berlangsung pada 1 hingga 18 November lalu tersebut bertujuan untuk menaiktarafkan sistem arahan antara negara-negara anggota NATO dalam operasi tentera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China