Cari:
Abe Dilempar Kritikan Pembangkang
2017-11-21 13:28:44 CRI Cetak

Sesi soal jawab selama tiga hari tentang ucapan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengenai pentadbiran, telah diadakan di Diet bermula 20 November lalu.

Abe pada hari pertama sesi tersebut dilempar kritikan daripada parti pembangkang berhubung isu pemindaan perlembagaan.

Yukio Edano, ketua Parti Demokratik Perlembagaan (CDP) iaitu pembangkang terbesar Jepun, menyatakan bantahan keras terhadap undang-undang keselamatan serta penggunaan hak pertahanan diri kolektif.

Menurut beliau, sekiranya tindakan yang membelakangi perlembagaan ini dibenarkan, sebarang perbincangan lanjut adalah sia-sia. Tegasnya, perlembagaan yang sedia ada perlu dipatuhi dengan sepenuhnya.

Abe yang mengelak memberi jawapan secara langsung, hanya menyatakan pihaknya akan menyempurnakan undang-undang keselamatan dan kedamaian menurut perlembagaan bagi menangani situasi semasa yang dilihat agak suram.

Tambah beliau, isu pemindaan perlembagaan akan diputuskan melalui undi rakyat. Pandangan wakil-wakil parti yang diutarakan di Diet akan membantu rakyat lebih memahami isu tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China