Cari:
Wang Yi Hadiri ASEM FMM ke-13
2017-11-21 11:24:01 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar Asia-Eropah (ASEM FMM) ke-13 di Naypyidaw, Myanmar semalam, serta menyampaikan ucapan bertajuk "Bersama-sama Membina Hubungan Perkongsian Baharu Asia-Eropah pada Era Baharu".

Wang Yi berkata, Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) merupakan saluran komunikasi baharu yang membolehkan pelbagai negara duduk berdialog dengan tenang serta menjalin perkongsian tanpa perlunya penyekutuan. Mekanisme ASEM menyumbang kepada kestabilan Asia dan Eropah. Semua pihak terlibat bergabung tenaga menggalakkan globalisasi ekonomi dan memperluas perdagangan dan pelaburan, sekali gus menjana pembangunan di dua benua ini.

ASEM menjunjung konsep multilateralisme, serta komited kepada penambahbaikan dan pembaharuan sistem tadbir urus sejagat bagi mengatasi cabaran melalui kerjasama.

Wang Yi menekankan pentingnya mencapai konsensus strategik serta keberanian untuk menghadapi cabaran-cabaran global, di samping memperkukuh kesedaran kumuniti berkongsi nasib sesama insan. Semua pihak terlibat perlu ingat akan tujuan asal, mengekalkan prinsip saling menghormati, saksama dan adil, bekerjasama untuk mewujudkan situasi menang-menang dan menyuntik kandungan baharu yang searus dengan zaman ini ke dalam perkongsian baharu Asia-Eropah.

Dalam tempoh mesyuarat tersebut, Wang Yi telah mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn, Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Jerman, Sigmar Gabriel dan Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Keselamatan dan Hal Ehwal Luar, Federica Mogherini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China