Cari:
Li Keqiang Temu Delegasi Peniaga Jepun
2017-11-22 11:33:55 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menemui delegasi wakil sektor ekonomi Jepun yang diketuai Pengerusi Persekutuan Perniagaan Jepun, Sadayuki Sakakibara, Pengerusi Persatuan Ekonomi Jepun-China, Muneoka Shoji serta Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Jepun (JCCI), Akio Mimura di Beijing petang semalam.

 

Li dalam pertemuan itu menyatakan bahawa hubungan antara China dan Jepun yang berkembang secara stabil dan sihat adalah selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara. Beliau berharap kedua-dua pihak menghargai dan memperkukuh momentum baik hubungan tersebut, di samping mendorong perkembangan mengikut landasan yang betul.

Li turut melahirkan harapan agar kalangan ekonomi Jepun terus menyumbang kepada pengembangan hubungan dengan China, manakala interaksi sosiobudaya dirancakkan dalam kalangan rakyat terutamanya golongan belia. Keamanan, persahabatan dan kerjasama harus dijadikan konsensus bersama pelbagai lapisan masyarakat Jepun dalam mengendalikan hubungan dengan China.

PM Li yang telah memperkenalkan situasi semasa ekonomi China, turut beranggapan bahawa China dan Jepun perlu saling melihat kemajuan pihak lain sebagai peluang bagi pembangunan sendiri.

Kedua-dua pihak disarankan memainkan kelebihan yang saling melengkapi serta menggalakkan pembangunan melalui kerjasama dan inovasi demi keuntungan bersama, yang sekali gus membantu pembinaan komuniti ekonomi Asia Timur.

Selain itu, kedua-dua pihak diharap terus memelihara proses globalisasi ekonomi, mempercepat rundingan Kawasan Perdagangan Bebas China, Jepun dan Korea Selatan, serta Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) supaya menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran serantau bahkan dunia.

Tiga ketua pertubuhan ekonomi Jepun itu pula menyatakan bahawa kerjasama Jepun-China berpotensi besar. Kedua-dua negara perlu memainkan kelebihan masing-masing untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor ekonomi. Mereka menanti-nantikan rundingan mengenai dua perjanjian tersebut mencapai hasil secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China