Cari:
Mugabe Letak Jawatan
2017-11-22 14:13:27 CRI Cetak

Speaker Dewan Perwakilan Zimbabwe, Jacob Mudenda semalam mengumumkan bahawa Robert Gabriel Mugabe telah meletakkan jawatan presiden negara itu.

Surat peletakan jawatan Mugabe telah dibacakan oleh Mudenda dalam sidang bersama Dewan Perwakilan dan Senat.

Parlimen sebelum ini membincangkan kemungkinan membangkitkan pertuduhan pemecatan terhadap Mugabe sekiranya enggan meletakkan jawatan.

Menurut Mudenda, presiden baharu akan dipilih melalui prosedur perundangan oleh parlimen. Mugabe, 93 tahun, telah menduduki kerusi pemimpin tertinggi Zimbabwe sejak negara itu mencapai kemerdekaan 37 tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China