Cari:
ASEM FMM Galakkan Kesalinghubungan Asia Eropah
2017-11-22 13:36:04 CRI Cetak

Mesyuarat menteri-menteri luar Asia-Eropah (ASEM FMM) ke-13 telah berakhir di Naypyidaw, Myanmar semalam dengan menetapkan hala tuju kerja pada masa depan, iaitu menggalakkan kesalinghubungan Asia dan Eropah.

Sven Mikser, Menteri Luar Estonia, negara pengerusi bergilir Kesatuan Eropah yang bakal menganjurkan Sidang Kemuncak ASEM menekankan pentingnya meningkatkan kesalinghubungan antara Asia dan Eropah bagi menggalakkan pembangunan mampan.

Dalam tempoh mesyuarat selama dua hari, seramai lebih 500 wakil dari 51 negara anggota, sekretariat ASEM, Kesatuan Eropah serta Tabung Asia-Eropah telah membincangkan isu-isu pembangunan berterusan, keselamatan dan kestabilan serantau, keganasan dan ekstremisme, penyeludupan dadah, imigran, perikanan haram, pelucutan senjata, keselamatan siber dan kawalan senjata nuklear.

Mesyuarat tersebut semalam mengeluarkan kenyataan pengerusi yang menyentuh tentang hubungan kerjasama, kedamaian, pembangunan berterusan dan masa depan ASEM.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China