Cari:
Pilihan Raya Palestin akan Diadakan Tahun Depan
2017-11-23 13:45:01 CRI Cetak

Pelbagai puak Palestin yang sedang berunding di Kaherah telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan pilihan raya presiden dan parlimen selewat-lewatnya hujung tahun depan.

Menurut pengumuman bersama, pelbagai puak termasuk Gerakan Pembebasan Kebangsaan (Fatah) dan Gerakan Pembela Islam (Hamas) telah mencapai persetujuan tersebut, dan kini menggesa Presiden Mahmoud Abbas mula membuat persiapan dan menetapkan tarikh pilihan raya.

Pengumuman itu turut menekankan pentingnya perjanjian permuafakatan yang ditandatangani oleh Fatah dan Hamas di Kaherah Oktober lalu dipatuhi, dan kerajaan perdamaian Palestin dibenarkan menjalankan tugas-tugas pentadbiran di Genting Gaza secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China