Cari:
Perdamaian Politik Libya Berdepan Kebuntuan
2017-11-24 12:46:29 CRI Cetak

Majlis Tertinggi Negara Libya telah menolak cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminda butiran "Perjanjian Politik Libya" yang dianggap kontroversi.

Susulan keputusan yang dibuat kelmarin, perdamaian politik Libya sekali lagi berdepan dengan kebuntuan.

Dalam satu kenyataan menerusi laman web rasminya, majlis itu menyatakan pihaknya menyokong proses perdamaian secara politik dan mahu melihat perjanjian berkenaan dipinda dengan wajar, namun kata sepakat gagal dicapai.

Sementara itu, Kongres Rakyat Libya, satu lagi pihak yang terlibat dalam rundingan perdamaian negara itu telah meluluskan cadangan PBB tersebut pada 21 November lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China