Pegawai kerajaan wilayah Nangarhar, timur Afghanistan semalam mengesahkan berlaku konflik dalaman antara anggota militan Negara Islam (IS) yang bersembunyi di wilayah itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 operatif terbunuh.
Jurucakap kerajaan dalam sidang media semalam memaklumkan bahawa punca pergaduhan dalaman yang berlaku petang kelmarin belum diketahui.
Pada masa ini, IS belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Penganalisis berpendapat bahawa insiden tersebut akan mengakibatkan persengketaan dalaman IS bertambah buruk.
Menurut media tempatan, walaupun IS dikesan di sekurang-kurangnya sembilan wilayah di Afghanistan setakat ini, namun operasi pasukan keselamatan Afghanistan dan tentera Amerika Syarikat telah berjaya mengurangkan jumlah anasir IS daripada lebih seribu kepada beberapa ratus.