Cari:
Li Keqiang Ditemui Menteri Luar Perancis
2017-11-25 15:35:21 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah ditemui Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian di Beijing petang semalam.

Li menegaskan bahawa China bersedia bersama Perancis untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga nuklear untuk kegunaan awam, menghadapi perubahan iklim, memainkan peranan positif dalam pelaksanaan Perjanjian Paris, menggalakkan ekonomi global yang terbuka, melindungi amalan pelbagai hala dan mendorong kestabilan keamanan sedunia serta pembangunan globalisasi secara sihat.

Li berkata, China menyokong proses integrasi Eropah dan sudi menyaksikan timbulnya Kesatuan Eropah (EU) yang makmur dan stabil, di samping itu bersedia mengintensifkan hubungan China-Perancis demi perkembangan hunbungan China-Eropah.

Jean-Yves Le Drian pula berkata, Perancis bersedia bersama China untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi, meningkatkan kerjasama tenaga nuklear untuk kegunaan awam, menghadapi cabaran perubahan iklim dan terus meningkatkan pembinaan hubungan rakan Eropah-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China