Cari:
Xi Jinping Bakal Berucap dalam Dialog Peringkat Tinggi PKC dengan Parti-parti Dunia
2017-11-25 17:06:19 CRI Cetak

Dialog Peringkat Tinggi Parti Komunis China (PKC) dengan Parti-parti Dunia bakal diadakan ada 30 November hingga 3 Disember nanti. Setiausaha Agung PKC yang juga Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri upacara perasmian dialog itu dan menyampaikan ucaptama.

Demikian diumumkan dalam sidang akhbar Jabatan Perhubungan Luar PKC semalam. Naib Ketua Pengarah jabatan itu, Guo Yezhou berkata, dialog kali ini bertemakan "Tanggungjawab parti politik--membina komuniti berkongsi nasib, bersama membina dunia muhibah. " Setakat ini, lebih 200 parti dari lebih 120 negara telah berdaftar untuk menyertai dialog itu.

Guo Yezhou berkata, sidang dialog ini merupakan aktiviti diplomatik pelbagai hala yang pertama yang dianjurkan China selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, maka ia dilihat amat signifikan baik dalam sejarah PKC mahupun dalam sejarah parti politk dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China