Cari:
235 Maut dalam Serangan Keganasan di Masjid, Mesir
2017-11-25 15:42:47 CRI Cetak

Serangan keganasan yang berlaku di sebuah masjid di Sinai Utara, Mesir semalam telah mengakibatkan 235 maut dan 109 lagi cedera. Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi berjanji akan melancarkan serangan yang sehebat-hebatnya terhadap pengganas.

Selepas insiden itu berlaku, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi telah memanggil mesyuarat tergempar Suruhanjaya Antikeganasan Seluruh Negara untuk membincangkan langkah seterusnya. Kemudian, beliau dalam ucapannya melalui stesyen TV menyatakan bahawa tentera dan polis akan mengambil tindakan balas dendam untuk mangsa yang terkorban dan segera membina semula keselamatan dan kestabilan negaranya.

Beliau telah menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan berharap para cedera pulih dengan secepat mungkin. Sebelum ini, Mesir mengumumkan tiga hari akan datang adalah tempoh takziah kepada mangsa terkorban.

Masjid yang diserang itu sejauh 40 kilometer dari sebelah barat bandar Al-Arish, ibu kota Sinai Utara. Alat letupan yang dipasng di luar masjid itu diletupkan ketika masjid penuh sesak dengan orang ramai yang hadir menunaikan solat Jumaat. Dan ketika mereka yang terselamat cuba untuk menyelamatkan diri, para pengganas melepaskan tembakan secara melulu kepada orang ramai dan ambulans.

Setakat ini, masih belum ada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Ketua Setiausaha Liga Arab, Ahmad Abdoul Gheit mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk penyerang yang kejam serta menyatakan sokongan terhadap kerajaan Mesir untuk memerangi keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China