Cari:
Wang Yi: Pelbagai Pihak Diharap Damaikan Semenanjung Korea
2017-11-25 15:44:36 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan bahawa seiring dengan konvensyen Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) berkenaan dilaksanakan, situasi Semenanjung Korea stabil pada masa ini, dan tiada insiden yang serius. Itulah amat menggembirakan. Demikian kata beliau ketika ditemui wartawan bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Jean-Yves Le Drian di Beijing semalam.

Ketika membicarakan masa depan situasi Semenanjung Korea, Wang Yi menghuraikan tiga prospek yang berkemungkinan, iaitu pertama, memulihkan rundingan damai, kedua, memelihara situasi yang stabil yang sedia ada dan ketiga, kembali ke situasi konfrontasi.

Wang Yi berharap pihak-pihak terbabit mengadakan rundingan damai dengan seawal mungkin, dan sekurang-kurangnya memelihara situasi yang stabil dan mencegah konfrontasi daripada berulang lagi.

Menyambung bicara, Wang berharap agar pelbagai pihak terlibat dapat membuat sumbangan kepada usaha yang membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear, dan merebut peluang pendamaian tepat pada waktunya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China