Cari:
Presiden Baharu Zimbabwe Angkat Sumpah
2017-11-25 15:50:44 CRI Cetak

Presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa mengangkat sumpah di Harare, ibu negara Zimbabwe semalam. Beliau menyatakan bahawa kerajaan baharu akan komited kepada usaha membangunkan Zimbabwe yang makmur dan demokratik.

Dalam ucapan yang disampaikan Mnangagwa kepada rakyat, beliau terlebih dahulu menyatakan rasa hormat yang ikhlas kepada mantan Presiden Robert Mugabe, seterusnya menyeru rakyat negaranya bersatu-padu untuk membangunkan ekonomi dan kemudian berjanji kerajaan baharu akan mengutamakan usaha memulihkan ekonomi, dan berusaha menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan mencipta kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Sehubungan hal itu, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang menyatakan bahawa Presiden China, Xi Jinping telah mengutus kawat tahniah kepada Mnangagwa. Xi menyatakan bahawa China dan Zimbabwe sebagai sahabat, rakan dan saudara yang baik, menyaksikan hubungan kedua-dua negara mengalami ujian dalam situasi antarabangsa yang sering berubah pada jangka masa yang panjang. China menghargai persahabatan tradisional dengan Zimbabwe, dan bersedia bersama-sama menggalakkan hubungan bilateral dan kerjasama dalam pelbagai bidang terus berkembang agar mendatangkan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China