Cari:
Lapal "Peace Ark" China Selesai Lawat Tanzania
2017-11-27 13:10:38 CRI Cetak

Kapal hospital "Peace Ark" angkatan laut China yang sedang menjalankan Misi Harmoni 2017 mengakhiri lawatan muhibah selama lapan hari di Tanzania dan meninggalkan pelabuhan Dar es Salaam hari Ahad.

Presiden Tanzania, John Pombe Joseph Magufuli mengucapkan selamat jalan kepada kapal itu dalam majlis perpisahan di pelabuhan.

Dalam rangka lawatan ini, kumpulan doktor China menyediakan perkhidmatan perubatan kemanusiaan kepada penduduk tempatan, termasuk memeriksa 6,441 orang dan menjalankan 31 pembedahan.

"Peace Ark" China mendapat penghargaan tinggi kerajaan dan rakyat Tanzania.

Persinggahan seterusnya kapal "Peace Ark" adalah di Timor Leste pada 14 Disember.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China