Cari:
Pusingan Kelapan Rundingan Damai Isu Syria Dimulakan
2017-11-28 15:49:39 CRI Cetak
Pusingan kelapan rundingan damai mengenai isu Syria diadakan di Geneva hari ini, dipengerusikan oleh Utusan Khas Setiausaha Agung PBB bagi Isu Syria, Staffan De Mistura. Rundingan kali ini berlangsung dalam konteks berlakunya perubahan besar terhadap situasi di Syria, serta inisiatif yang diambil oleh Rusia untuk menangani isu tersebut. Mistura menegaskan bahawa PBB harus memainkan peranan utama dalam usaha untuk menyelesaikan isu Syria melalui saluran politik. Beliau turut memaklumkan persiapan rundingan damai kali ini kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) petang semalam, di samping menyeru kerajaan Syria dan puak pembangkang mengadakan rundingan tanpa prasyarat, melaksanakan resolusi PBB berkenaan, serta mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil di bawah penyeliaan PBB.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China