Cari:
Mesir Peringati Mangsa Serangan Ganas
2017-11-28 12:27:23 CRI Cetak

Hampir 100 wartawan dan sarjana berhimpun di Kaherah, Mesir malam semalam untuk memperingati mangsa serangan ganas di sebuah masjid di Sinai Utara, Jumaat lalu.

Tembakan dan letupan bom yang berlaku di masjid pekan Bir al-Abed selepas solat Jumaat, mengakibatkan 305 maut dan 128 lagi cedera.

Kumpulan penyerang dilihat memegang bendera Daesh (IS), namun setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Selepas berlaku serangan, Mesir mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari. Dalam pada itu, Presiden Abdel Fattah al-Sisi telah mengarahkan pembinaan sebuah tugu peringatan untuk mangsa tragedi berdarah ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China