Cari:
China Sokong PBB Main Peranan Utama dalam Isu Syria
2017-11-29 14:32:39 CRI Cetak

Utusan Khas China bagi Isu Syria, Xie Xiaoyan telah mengatur pertemuan secara berasingan dengan Utusan Khas Setiausaha Agung PBB, Staffan De Mistura, serta pegawai dari delegasi Rusia dan Amerika Syarikat (AS) di Geneva semalam.

Xie berkata, meskipun situasi di Syria bertambah baik kebelakangan ini dan perjuangan membanteras keganasan berhasil, namun keadaan di negara itu masih suram. Masyarakat antarabangsa perlu kekal berwaspada dan meneruskan perjuangan bahu-membahu.

Menurut beliau, kedua-dua pihak yang terbabit dalam isu Syria diharap lebih fleksibel dan berusaha menggalakkan penyelesaian secara politik menerusi dialog, bagi memulihkan kestabilan dan ketenteraman di negara itu.

Xie turut menegaskan bahawa China menyokong PBB memainkan peranan utama dalam isu Syria dan bersikap terbuka terhadap sebarang inisiatif untuk menyelesaikan isu tersebut.

China bersedia bekerjasama rapat dengan semua pihak berkenaan bagi menggalakkan penyelesaian politik dicapai secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China