Kementerian Dalam Negeri dan pasukan tentera Mesir mengumumkan dalam satu kenyataan semalam bahawa 14 suspek pengganas telah ditembak mati dan 14 lagi ditangkap.
Pasukan tentera berbalas tembakan dengan militan ketika menggeledah sebuah ladang di Ismailia yang disyaki tempat latihan pengganas. 11 suspek tumpas dalam pertempuran itu.
Dalam pada itu, 3 lagi suspek ditembak mati dalam operasi tentera di Sinai Utara.
Tembakan dan letupan bom yang berlaku selepas solat Jumaat di masjid pekan Bir al-Abed, Sinai Utara pada 24 November, mengakibatkan 305 maut dan 128 lagi cedera.