Cari:
OECD Naik Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Dunia Tahun Ini
2017-11-29 14:34:36 CRI Cetak

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) mengeluarkan laporan prospek pertumbuhan ekonomi global di Paris, Selasa.

OECD dalam laporan itu menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia tahun ini kepada 3.6%, iaitu 0.1% lebih tinggi daripada unjuran pada bulan September. Unjuran bagi tahun depan kekal pada 3.7%.

Dalam pada itu, unjuran pertumbuhan entiti ekonomi maju dunia termasuk Amerika Syarikat dan Zon Euro juga diletakkan lebih tinggi.

Menurut Ketua Setiausaha OECD, Jose Angel Gurria Trevino, pertumbuhan ekonomi dunia yang bertambah baik dalam jangka pendek berkaitan dengan dasar kewangan dan fiskal yang positif yang diamalkan banyak negara.

Tegasnya, pembaharuan komprehensif perlu terus dilaksanakan, dengan mengutamakan potensi pertumbuhan jangka panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China