Cari:
Dialog PKC dengan Parti Politik Dunia Dirasmikan
2017-11-30 15:12:54 CRI Cetak

Dialog peringkat tinggi Parti Komunis China (PKC) dengan parti-parti politik di dunia dijadualkan berlangsung di Beijing pada 30 November hingga 3 Disember.

Perwakilan dari lebih 200 parti dari lebih 120 negara telah berdaftar untuk menyertai dialog yang bertema "membina komuniti berkongsi nasib dan mencipta dunia yang lebih baik: tanggungjawab parti politik".

Mereka menyanjung tinggi saranan Setiausaha Agung PKC yang juga Presiden China, Xi Jinping untuk menubuhkan komuniti berkongsi nasib umat manusia, serta menanti-nantikan ucaptama beliau dalam majlis perasmian.

Pengerusi Parti Rakyat Kemboja yang juga Perdana Menteri, Samdech Hun Sen menyatakan bahawa platform dialog yang disediakan oleh PKC kepada pelbagai parti politik di dunia ini mempunyai makna penting dari segi sejarah. Beliau bersedia bersama-sama Xi dan para pemimpin lain untuk membincangkan pembangunan negara, rantau dan dunia.

Dialog ini merupakan aktiviti diplomatik pelbagai hala yang pertama dianjurkan China selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-19 PKC, maka dilihat amat signifikan baik dalam sejarah PKC mahupun sejarah parti politik dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China