Cari:
Xi Hubungi Trump Melalui Telefon
2017-11-30 11:04:12 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melalui telefon, Rabu.

Xi berkata, lawatan Trump ke China baru-baru ini mencapai kejayaan besar. Mereka berpeluang bertukar-tukar pandangan serta mencapai konsensus penting berkaitan hubungan dua hala dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama. Hal ini nescaya membantu menggalakkan perkembangan hubungan secara sihat dan mampan.

Trump sekali lagi mengucapkan terima kasih atas layanan ramah semasa dalam rangka lawatan itu, sambil menyatakan bahawa budaya China yang bersejarah lama meninggalkan kesan mendalam kepada beliau.

Menyentuh isu Semenanjung Korea, Trump melahirkan kebimbangan akan impak ujian peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) terhadap keselamatan antarabangsa. Pihaknya mementingkan peranan China dalam isu berkenaan dan komited merapatkan koordinasi bagi mencari jalan penyelesaian.

Xi pula menegaskan bahawa mewujudkan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear, mengekalkan sistem kawalan nuklear antarabangsa, memelihara keamanan dan kestabilan rantau Asia Timur Laut sentiasa menjadi sasaran bagi China.

China bersedia mengekalkan penyelarasan dengan pelbagai pihak berkenaan termasuk AS demi menggalakkan penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea melalui rundingan secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China