Cari:
Xi: PKC Terus Beri Sumbangan Kepada Kedamaian, Pembangunan dan Pertukaran Dunia
2017-12-01 21:02:25 CRI Cetak

Parti-parti politik di dunia dikehendaki menyesuaikan diri dengan arus pembangunan zaman, memahami trend pembangunan umat manusia, menghormati hasrat bersama rakyat, bersasaran tinggi dan berani memikul tanggungjawab yang dikurniakan oleh zaman ini. Parti Komunis China (PKC) akan terus memberi sumbangan kepada kedamaian dan keamanan, pembangunan bersama serta pertukaran tamadun dunia.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC yang juga Presiden China, Xi Jinping ketika merasmikan Dialog PKC dengan Parti-Parti Politik Dunia di Beijing hari ini.Menurut beliau, Kongres Kebangsaan Ke-19 PKC telah menyediakan pelan pembangunan China hingga pertengahan abad ini dan juga menyatakan keazaman untuk membentuk Komuniti Berkongsi Nasib Umat Manusia bersama-sama pelbagai pihak. PKC mengekalkan perjuangan untuk manfaat rakyat dan juga perkembangan manusia, serta berikrar mempertahankan misi diri dalam menyumbang kepada pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Umat Manusia. Pembangunan China yang diterajui PKC juga telah menyediakan peluang kepada dunia. PKC tidak berkeinginan "mengimport" model luar negara dan juga tidak berkeinginan "mengeksport" model China, iaitu tidak menuntut negara-negara lain menyalinkan jalan pembangunan yang bercirikan China. PKC bersedia meningkatkan hubungan dengan parti politik pelbagai negara, berkongsi pengalaman pentadbiran, mengadakan dialog antara tamadun yang berbeza, memupuk rasa saling mempercayai, menggalakkan pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Umat Manusia, bersama-sama membina dunia yang lebih baik.

Pemimpin dari kira-kira 300 parti dan pertubuhan politik di dunia yang merancang menghadiri dialog kali ini, terlebih dahulu menghadiri Sidang Pleno pertama yang diadakan selepas upacara perasmian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China