Cari:
Xi Bertemu Hadirin Forum Imperial Springs 2017
2017-12-01 11:22:38 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping ditemui para hadirin Forum Imperial Springs International 2017 di Dewan Besar Rakyat Beijing, Khamis.

Xi dalam pertemuan itu menjelaskan jalan pembangunan China serta prinsip dan saranan mengenai penglibatan China dalam tadbir urus global.

Xi berkata, kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) telah menggariskan pembangunan ekonomi, politik, sosiobudaya dan tamadun ekologi di negara ini. Kerajaan China mengemukakan teori pembangunan berorentasikan rakyat yang berlandaskan konsep inovasi, terselaras, mesra alam, terbuka dan berkongsi. China akan terus melaksanakan pembaharuan, dan menggalakkan kreativiti masyarakat demi meningkatkan tahap keterbukaan dengan pola baharu.

Tegasnya, China menghormati jalan pembangunan negara-negara lain dan komited untuk berkongsi pengalaman.

Forum Imperial Springs International anjuran bersama Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Luar (CPAFFC) dan Persatuan Pertukaran Persahabatan Australia-China sejak 2014, mengundang penglibatan bekas pemimpin kerajaan serta sarjana terkenal dan tokoh perniagaan.

Forum Imperial Springs International 2017 yang bertemakan "tadbir urus global dan saranan China" diadakan di bandar Guangzhou, selatan China pada 28 hingga 30 November.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China