Cari:
Tiga Pihak Setuju Bantu Imigran Haram Terkandas di Libya
2017-12-01 14:57:37 CRI Cetak

Presiden Perancis, Emmanuel Macron kelmarin mengumumkan keputusan bersama Kesatuan Eropah (EU), Kesatuan Afrika (AU) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu memindahkan imigran haram yang terkandas di Libya.

Keputusan itu adalah hasil mesyuarat tergempar yang diadakan dalam tempoh Sidang Kemuncak EU-AU ke-5 di Abidjan, Ivory Coast, selepas laporan mendedahkan bahawa imigran berkenaan diperdagangkan sebagai hamba.

Kata Macron, tindakan kecemasan akan diambil untuk memindahkan golongan imigran tersebut ke tempat selamat dalam masa beberapa hari atau minggu akan datang. Penyeludup akan diheret ke muka pengadilan.

Dalam sidang kemuncak itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, Pengerusi AU, Donald Tusk‎ dan pemimpin-pemimpin lain menggesa masyarakat antarabangsa bergabung tenaga untuk membanteras pemerdagangan manusia dan mencipta lebih banyak peluang kerja untuk golongan belia Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China