Xi menyatakan, hubungan masyarakat antarabangsa pada zaman ini paling rapat berbanding zaman dahulu. Rakyat pelbagai negara harus memegang prinsip "satu keluarga" untuk membina komuniti berkongsi nasib dunia.
"Saya mengemukakan cadangan pembinaan komuniti berkongsi nasib pada tahun 2013 buat kali pertama yang turut mendapat sokongan dan persetujuan. Cadangan ini sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Inisiatif 'Jalur dan laluan' (B&R) sebenarnya adalah untuk mengamalkan konsep pembinaan komuniti berkongsi nasib. "
Xi menyatakan, dunia sekarang sedang mengalami perubahan. Parti-parti politik pelbagai negara harus memupuk rasa saling mempercayai dan merapatkan koordinasi, mencari satu model hubungan parti politik baharu yang saling menghormati, saling mempelajari, dan mengejari persamaan berdasarkan manifesto-manifesto yang berbeza.
"PKC mengekalkan perjuangan untuk manfaat rakyat dan juga perkembangan manusia, serta berikrar mempertahankan misi diri dalam menyumbang kepada pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Umat Manusia. Pembangunan China yang diterajui PKC juga telah menyediakan peluang kepada dunia. PKC tidak berkeinginan "mengimport" model luar negara dan juga tidak berkeinginan "mengeksport" model China, iaitu tidak menuntut negara-negara lain menyalinkan jalan pembangunan yang bercirikan China. PKC bersedia meningkatkan hubungan dengan parti politik pelbagai negara, berkongsi pengalaman pentadbiran, mengadakan dialog antara tamadun yang berbeza, memupuk rasa saling mempercayai, menggalakkan pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Umat Manusia, bersama-sama membina dunia yang lebih baik."
Pemimpin dari kira-kira 300 parti dan pertubuhan politik di dunia yang merancang menghadiri dialog kali ini, terlebih dahulu menghadiri Sidang Pleno pertama yang diadakan selepas upacara perasmian tersebut.