Cari:
PM Anggota SCO Bincang Cara untuk Galakkan Kerjasama
2017-12-02 15:04:16 CRI Cetak

Sidang ke-16 Majlis Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dirasmikan di Sochi, Rusia semalam. Para hadirin mengadakan rundingan untuk terus menggalakkan kerjasama dalam bidang politik serantau, keselamatan, ekonomi, sosiobudaya dan lain-lain.

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev menyatakan, selepas pertambahan bilangan anggota SCO dilaksanakan pada bulan Jun tahun ini, pertubuhan itu mempunyai potensi pembangunan yang lebih besar dan merupakan platform terbaik bagi menyelaraskan strategi perkembangan pelbagai negara dan melaksanakan cadangan integrasi serantau.

Dmitry Medvedev juga menyeru pelbagai anggota SCO meningkatkan kerjasama dalam membanteras keganasan dan menangani amalan perlindungan perdagangan.

Difahamkan, satu pengumuman bersama akan dikeluarkan untuk menyimpulkan hasil kerjasama antara anggota SCO dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China