Cari:
Mesyuarat Menteri Luar ke-7 Isu Afghanistan
2017-12-02 15:48:30 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Luar ke-7 Proses Istanbul Isu Afghanistan diadakan di Baku, ibu negara Azerbaijan semalam. Pengumuman Baku yang diluluskan dalam mesyuarat tersebut menggesa pelbagai pihak berkenaan meningkatkan dialog politik dan kerjasama ekonomi demi menggalakkan keamanan, ketenteraman dan kemakmuran serantau.

Menurut Menteri Luar Azerbaijan, Elmar Mamedyarov, Afghanistan yang selamat, berdikari dan makmur dibayangkan akan menyumbang kepada pembangunan rantau ini pada masa depan. Hanya dengan meningkatkan penyelarasan antara bidang keselamatan dengan bidang ekonomi, negara-negara di rantau itu barulah dapat menghadapi risiko dan cabaran kelak.

Pengumuman Baku menegaskan lagi penghormatan terhadap tujuan dan prinsip Piagam PBB, serta prinsip-prinsip lain seperti menghormati kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, tidak saling mencerobohi, tidak mencampur tangan dalam hal-ehwal negara lain, dan tidak mencabuli kedaulatan negara dan keutuhan wilayah negara lain secara kekerasan.

Pengumuman itu menyanjung tinggi peranan penting masyarakat antarabangsa yang dimainkannya dalam menyokong persefahaman bangsa dan pembangunan semula di Afghanistan dan menggesa pelbagai negara memperluas kerjasama antarabangsa dalam bidang membanteras keganasan, penyeludupan dadah dan jenayah terancang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China