Cari:
Pungutan Suara Ukraine tentang Anggotai EU dan NATO
2017-12-02 16:05:49 CRI Cetak

Presiden Ukraine, Petro Poroschenko semalam menyatakan bahawa pihaknya mungkin akan mengadakan pungutan suara untuk menentukan negara itu sama ada menganggotai Kesatuan Eropah (EU) dan NATO.

Menurut Agensi Berita Ukraine, demikian dinyatakan oleh Petro ketika menghadiri aktiviti di Wisma Peguam Negara.

Menurut Petro, pihaknya tetap melaksanakan dasar integrasi Eropah-Atlantik. Pungutan suara untuk menentukan Ukraine sama ada menganggotai EU dan NATO akan diadakan tidak lama lagi.

Ukraine dan NATO menjalinkan hubungan kerjasama seawal tahun 1991, iaitu ketika negara itu baru keluar dari Kesatuan Soviet.

Selepas itu iaitu pada bulan Mac dan Jun tahun 2014, Ukraine dan EU masing-masing memeterai dokumen komponen politik dan ekonomi yang terkandung dalam Perjanjian Negara Penghubung, yang turut diluluskan oleh Parlimen kedua-dua pihak pada bulan September tahun yang sama. Perjanjian yang mulai berkuatkuasa pada 1 September tahun ini, dilihat membuka jalan kepada Ukraine untuk menganggotai EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China