Cari:
Persidangan Internet Antarabangsa Ke-4 Dirasmikan
2017-12-03 14:41:53 CRI Cetak

Persidangan Internet Antarabangsa ke-4 dirasmikan di Wuzhen, provinsi Zhejiang, China pada 3 hingga 5 Disember dan turut diserikan dengan surat tahniah yang diutus Presiden China, Xi Jinping.

Sidang yang bertemakan "Bangunkan ekonomi digital dan tingkatkan keterbukaan demi pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber" ini mengundang wakil-wakil dari kerajaan, pertubuhan antarabangsa serta kalangan rakyat untuk meneroka bidang kerjasama dan pertukaran mengenai topik-topik ekonomi digital, teknologi canggih, Internet dan masyarakat, dan tadbir urus ruang siber.

Persidangan Internet yang berlatarbelakangkan pelaksanaan arahan Presiden Xi tentang pembangunan sosialis yang bercirikan China pada zaman baharu dan tadbir urus terhadap dunia siber, menfokuskan pembinaan sebuah komuniti berkongsi nasib di ruang siber yang berlandaskan prinsip menghormati perbezaan, mengutamakan pembangunan, memacu inovasi, dan mewujudkan kemakmuran untuk seluruh umat manusia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China