Cari:
Bengkel Semangat Kongres Kebangsaan ke-19 PKC
2017-12-03 15:55:25 CRI Cetak

Bengkel Semangat Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang bertemakan "PKC dengan Dunia pada Zaman Baharu" diadakan di Beijing semasa tempoh berlangsungnya Dialog Peringkat Tinggi PKC dengan Parti-parti Politik Dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Luar Jawatankuasa Pusat PKC, Song Tao menyatakan bahawa ucaptama Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping dalam majlis perasmian Dialog itu yang menjelaskan cadangan dan sumbangan China demi membina Komuniti Berkongsi Nasib Umat Manusia dan bersama-sama membina dunia yang lebih baik, menimbulkan reaksi yang hangat dari para hadirin.

Menurut Song Tao, kejayaan dan kemajuan yang tercapai China tidak terlepas dari pimpinan PKC yang menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara ini.

PKC mengekalkan perjuangan untuk manfaat rakyat dan juga perkembangan manusia, serta berikrar mempertahankan misi diri dalam menyumbang kepada pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Umat Manusia.

Para hadirin melibatkan diri dalam tiga bengkel yang masing-masing mengenai "Fikiran Xi Jinping demi sosialisme bercirikan China pada zaman baharu", "China pada zaman baharu: pembangunan baharu, konsep baharu" dan "Dunia inovatif, sumbangan China".

Kira-kira 600 perwakilan dari hampir 300 parti dari lebih 120 buah negara menyertai pertukaran dalam bentuk bengkel tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China