Persidangan Internet Antarabangsa ke-4 dirasmikan di Wuzhen, provinsi Zhejiang, China pada 3 hingga 5 Disember dan turut diserikan dengan surat tahniah yang diutus Presiden China, Xi Jinping.
Xi berkata, tadbir urus siber memasuki fasa yang amat penting pada masa ini. Pembinaan sebuah komuniti berkongsi nasib di ruang siber menjadi konsensus masyarakat antarabangsa. China komited bersama-sama pelbagai negara di dunia menghormati kedaulatan siber, mengobarkan semangat perkongsian, mengadakan perbincangan demi bersama-sama menggalakkan pembangunan, memelihara keselamatan, melibatkan diri dalam tadbir urus dan berkongsi kejayaan siber.
Tegasnya, Kongres Kebangsan ke-19 Parti Komunis China (PKC) menggariskan pelan dan cetak biru pembangunan sosialis yang bercirikan China pada zaman baharu dan mengemukakan sasaran-sasaran seperti menjadikan China negara yang kuat dalam dunia siber dan bidang digital, membangunkan 'masyarakat pintar', dan menggalakkan penyelarasan ekonomi nyata dengan internet, data besar, dan kecerdasan buatan.
Persidangan yang bertemakan "Bangunkan ekonomi digital dan tingkatkan keterbukaan demi pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber" ini mengundang wakil-wakil dari kerajaan, pertubuhan antarabangsa serta kalangan rakyat untuk meneroka bidang kerjasama dan pertukaran mengenai topik-topik ekonomi digital, teknologi canggih, Internet dan masyarakat, dan tadbir urus ruang siber.