Cari:
DPRK kecam Latihan Tentera AS-Korea Selatan
2017-12-03 15:26:00 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mengecam latihan bersama tentera udara Amerika Syarikat(AS)-Korea Selatan yang akan diadakan bulan ini, dan berpendapat bahawa latihan tentera ini akan memperhebatkan lagi ketegangan di Semenanjung Korea.

Demikian dinyatakan oleh Kementerian Luar DPRK pada 2 Disember lalu, yang juga mendakwa bahawa latihan tentera tersebut sebenarnya bertujuan untuk meningkatkan kemampuan pertempuran AS agar melumpuhkan DPRK dari segi menyerang secara strategik pada tempoh awal peperangan.

Tambah pihak DPRK, ASlah yang patut menanggung akibatnya jika Semenanjung Korea malah seluruh dunia terlibat dalam perang nuklear yang dicetuskan oleh AS.

Sebagai yang terbesar dalam sejarah kedua-dua negara, latihan bersama tentera udara AS-Korea Selatan yang akan diadakan dari 4 hingga 8 haribulan Disember itu, mengerahkan lebih 230 jet pejuang dan 120 ribu askar AS dari pangkalannya di Korea Selatan dan di Jepun, termasuk jet pejuang 'stealth' yang terbaru, iaitu "F-22 Raptor" dan "F-35".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China