China, Laos, Arab Saudi, Serbia, Thailand, Turki dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengemukakan inisiatif kerjasama antarabangsa ekonomi digital "Jalur dan Laluan" (B&R) dalam Persidangan Internet Dunia ke-4 di Wuzhen semalam.
Saranan berkenaan termasuk memperluas akses dan meningkatkan kualiti jalur lebar, menggalakkan pendigitalan dan kerjasama e-dagang serta menyokong keusahawanan dan inovasi Internet.
Usaha sama akan dilakukan untuk membantu syarikat mikro, kecil dan sederhana, meningkatkan latihan kemahiran, menambah pelaburan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, merancakkan kerjasama antara bandar, dan meningkatkan keinklusifan.
Antara saranan lain, menetapkan dasar yang lebih telus, menggalakkan kerjasama pemiawaian antarabangsa, membentuk ruang siber yang damai, selamat, terbuka, bersifat bekerjasama dan teratur, serta membina mekanisme komunikasi di pelbagai peringkat.