Perutusan Presiden China, Xi Jinping sempena Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-4 di Wuzhen mendapat sahutan para tetamu dari luar negara.
Timbalan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF), Fatoumata Ndiaye menyatakan bahawa saranan dan konsep berkaitan tadbir urus Internet yang dikemukakan China beberapa tahun lalu mendapat sambutan baik masyarakat antarabangsa.
Wawasan membentuk komuniti berkongsi nasib ruang siber juga menjadi aspirasi bersama dunia.
Dalam tempoh kritikal transformasi sistem tadbir urus Internet sejagat, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani cabaran dan berkongsi hasil.
Dalam perutusannya, Presiden Xi menyatakan bahawa ekonomi digital China akan berkembang semakin pesat. China berharap usahanya dapat membantu memacu pembangunan Internet dan ekonomi digital di negara-negara lain.
Presiden ChinaEU, persatuan Internet berpangkalan di Brussels, Luigi Gambardella berkata, usaha China memajukan ekonomi digital dan ekonomi berkongsi serta meneroka titik pertumbuhan baharu, adalah penjana bagi China malah dunia.